JOHOR BAHRU, 21 Okt – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) melalui Pejabat Persekitaran, Keselamatan, dan Kesihatan Pekerjaan (OSHE) telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Jabatan Tenaga Atom bagi menggalakkan perkongsian kepakaran serta mempromosikan kerjasama dalam penyelidikan akademik yang berkaitan keselamatan, sekuriti, dan kawalgunaan tenaga atom serta bidang lain yang berkenaan.