Responsive Menu
Add more content here...

Misteri kotak ‘radioaktif’ terungkai, hanya alat mainan ‘team building’

Siasatan mendapati kotak berkenaan tertinggal secara tidak sengaja oleh seorang pekerja syarikat pengurusan latihan selepas mengendalikan program bina pasukan di Ipoh, Perak.

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan sebuah kotak plastik yang disangka mengandungi bahan radioaktif di hadapan sebuah premis di Sri Petaling di sini sebenarnya alatan untuk aktiviti pengukuhan pasukan. Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Hoo Chang Hook berkata hasil siasatan mendapati kotak itu mengandungi 20 unit bata plastik permainan dinamakan radioactive bomb yang digunakan sebagai alatan untuk aktiviti ujian minda secara berkumpulan.