Belangkas merupakan haiwan fosil yang telah wujud lebih dari 400 juta tahun lalu. Di dunia, belangkas mempunyai 4 spesis iaitu Tachypleus tridentetus, T. gigas, Carcinoscopius rotundicauda dan Limulus polyphemus (spesis yang hanya terdapat di Amerika). Belangkas di Malaysia banyak ditemui di perairan pantai seperti di Selangor, Perak, Kedah, Perlis, Johor, Sabah dan Sarawak.
Belangkas sangat bermanfaat kepada manusia kerana darahnya boleh mengesan endotoksin dari bakteria Gram-negatif. Sel dalam darah belangkas dikenali sebagai amebosit mampu mengesan endotoksin. Fungsi sel ini dijadikan sebagai kit dikenali sebagai LAL (Limulus Ameobocyte Lysate) atau TAL (Tacyplues Ameobocyte Lysate) iaitu pengesan endotoksin dan digunakan secara meluas oleh syarikat farmaseutikal untuk ujian nyahkontaminasi dalam penghasilan produk. Kini, aplikasi kit ini banyak memberi manfaat kepada manusia sejagat.
Mari sama-sama kita mempelajari lebih lanjut asal usul dan manfaat belangkas dalam kehidupan manusia.
📆 18 Mei 2022 (Rabu)
⏰ 10.00 pagi
🖥️ Ikut secara langsung melalui platform:
1.Live Youtube AELB
2.Laman web MSN (www.minggusainsnegara.com)