Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
YBrs. Dr./Tuan/Puan,
Adalah dimaklumkan bahawa Sistem Aplikasi Jabatan akan dibuka semula akses kepada semua pelanggan Atom Malaysia bermula hari ini (15 Mei 2023) jam 4:00 pm.
Untuk memastikan keutuhan sistem ini pasca-penyelenggaraan, adalah dimohon kepada pengguna sistem atas talian Atom Malaysia untuk memaklumkan sebarang permasalahan yang dialami semasa menggunakan sistem atas talian untuk semakan lanjut. Makluman, aduan atau pertanyaan boleh disalurkan kepada Seksyen Teknologi Maklumat, Bahagian Sokongan Teknikal, Jabatan Tenaga Atom secara emel ke servicedeskict@localhost.
Sekian, terima kasih.