Sukacita dimaklumkan, Jabatan Tenaga Atom melalui Bahagian Dasar dan Hubungan Luar (BDHL) telah melaksanakan kajian perundangan bagi Mikroskop Elektron Pengimbas (Scanning Electron Microscope, SEM) dan Radas Penyinaran di bawah 5 kilo elektron volt (keV) pada tahun 2023. Kajian perundangan yang telah diadakan bertujuan untuk memastikan kawalan dan kawalseliaan terhadap radas penyinaran selaras dengan peruntukan antarabangsa yang terkini berdasarkan kepada standard antarabangsa di bawah IAEA General Safety Requirement (GSR) Part 3 Radiation Protection and Safety of Radiation Sources: International Basic Safety Standards di samping mengukuhkan pelaksanaan kawalan dan kawalseliaan di bawah Akta 304 dengan pembangunan perintah pengecualian baru yang memberi pengecualian secara umum kepada semua jenis penjana sinaran yang memenuhi kriteria selaras dengan standard antarabangsa.
Sehubungan itu, jabatan telah melaksanakan hebahan konsultasi awam atas talian bagi mendapatkan pandangan dan input pihak berkepentingan terhadap Pembangunan Perintah Pengecualian Baru Bagi Mikroskop Elektron Pengimbas (Scanning Electron Microscope, SEM) dan Radas Penyinaran Di Bawah 5 Kilo Elektron Volt (Kev) seperti berikut:
Untuk makluman, konsultasi awam ini telah bermula pada 17 Julai 2025 dan berakhir pada 19 Ogos 2025.

English