2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Maklumat Sains dan Teknologi Malaysia (MASTIC), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mempunyai satu inisiatif Perkongsian Kemudahan dan Peralatan Saintifik Nasional atau National Scientific Facilities and Equipment (NSFE). lnisiatif perkongsian ini bertujuan memudahkan pengguna membuat rujukan serta tempahan kemudahan dan peralatan saintifik yang terdapat di organisasi berkaitan bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan (R&D).
3. Kemudahan NSFE ini juga secara tidak langsung dapat membuka peluang perkongsian penggunaan peralatan saintifik kepada sektor industri untuk bekerjasama dengan sektor awam serta menggalakkan aktiviti R&D pada kos efektif. Maklumat dan penerangan kemudahan dan peralatan saintifik ini, boleh dicapai melalui saluran seperti berikut:
i. Portal Knowledge Resources for Science Technology Excellence (KRSTE) : https://krste.my/;
ii. Aplikasi National Scientific Facilities & Equipment yang boleh dimuat turun melalui Google Playstore dan Apps Store; dan
iii. Video penerangan melalui pautan https://masticloud.mosti.gov.my/s/LyqpJTstyKa8zAC
Sekian
Terima Kasih
Diterbitkan pada: 28 Julai 2021 @ 6.00 pm