Responsive Menu
Add more content here...

HARI BERSAMA PELANGGAN JABATAN TENAGA ATOM (ZON TENGAH) 2025

Poster-HBP

PENGANJURAN HARI BERSAMA PELANGGAN

JABATAN TENAGA ATOM (ZON TENGAH) 2025

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Tenaga Atom (Atom Malaysia) akan menganjurkan program ”HARI BERSAMA PELANGGAN JABATAN TENAGA ATOM (ZON TENGAH) 2025” pada ketetapan dan lokasi seperti berikut:

Tajuk Program: HARI BERSAMA PELANGGAN JABATAN TENAGA ATOM (ZON TENGAH) 2025

Tarikh: 11 November 2025 (Selasa)

Tempat: Hotel Lexis Port Dickson, Negeri Sembilan

Objektif program ini adalah untuk mewujudkan platform berbentuk interaktif dengan pemegang lesen dan memberi peluang kepada pemegang lesen untuk mengetahui maklumat terkini mengenai perkhidmatan, kemudahan dan inisiatif terkini yang disedia dan dilaksanakan oleh Jabatan Tenaga Atom. Selain itu, pemegang lesen juga berpeluang untuk mengemukakan pertanyaan, cadangan, aduan dan idea berkaitan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Tenaga Atom.

Bagi penganjuran kali ini, satu sesi khas bersama pihak pengurusan Jabatan Tenaga Atom akan diadakan bagi membincangkan halatuju dan pendekatan kawalselia dibawah Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 (Pindaan 2025). Program kali ini mensasarkan penglibatan khusus kepada pemegang lesen di Zon Tengah meliputi negeri Selangor dan Negeri Sembilan sahaja. Program ini juga merupakan kesinambungan dari program hari bersama pelanggan di semua zon dibawah kawalselia Jabatan Tenaga Atom yang telah dijalankan sepanjang tahun 2025.

Sehubungan dengan itu, semua pemegang lesen Zon Tengah selaku Orang Bertanggungjawab Terhadap Lesen (OBTL) / Pegawai Perlindungan Sinaran (PPS) / Penyelia Sinaran (PY) dijemput untuk menyertai program ini.

Penyertaan program ini adalah terhad kepada 80 orang sahaja dari kalangan pemegang lesen di Zon Tengah (Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Negeri Sembilan).

Pendaftaran hendaklah dibuat dengan melengkapkan Borang Pendaftaran melalui pautan Google Form (KLIK DISINI) ATAU dengan mengimbas kod QR yang dilampirkan.

Pendaftaran yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada pihak Urusetia sebelum atau pada 05 November 2025 (Rabu). Permohonan yang berjaya akan dimaklumkan semula secara emel untuk pengesahan kehadiran.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan program ini, pihak YBhg. Tan Sri / Datuk / Dato’ / Datin / Dr. / Ts ./ Tuan / Puan, YBhg. Tan Sri / Datuk / Dato’ / Datin / Dr. / Ts. / Tuan/Puan, boleh menghubungi En. Hafiz bin Hadzori (hafizh@atom.gov.my), Puan Suazlina Binti Mohd Ali (suazlina@atom.gov.my), Cik Ain Syamiera Binti Mohd Salleh (ain.syamiera@atom.gov.my) atau Cik Noor Afina Hafizha Binti Hasmuni (afinahafizha@atom.gov.my) untuk maklumat lanjut.

Sekian, terima kasih.

BAHAGIAN PENILAIAN DAN PERLESENAN (BPP), JABATAN TENAGA ATOM

Agenda-HBP

Aturcara Program